7.6.06

Ke Mana Menghilangnya PuteraNiME-HQ

Dengan dukacitanya... kami mengumumkan...


Tanpa notis, tanpa berita terbaru, tanpa tindakan susulan... sejak peristiwa kerosakan perkakasan pihak hosting... langsung tiada berita terkini mengenainya... apatah lagi memaklumkannya melalui e-mail. Cis--- Dah la menerima pelbagai rungutan dari para pelanggan pihak hosting itu... malahan ada yg. membatalkan terus kontrak mereka. Takkan la disebabkan itu kot!?

Kami sudah pun menghantar e-mail untuk bertanya mengenainya... sekiranya kami tidak menerima sebarang jawapan... kami nekad dan sebulat suara untuk cari dan berpindah saja ke kompeni hosting yg. lain. Tindakan itu difikirkan amat wajar dilakukan segera sbb bukan sekali terjadi... tapi 3 kali. Bak kata dlm. buku pengakap aku dulu...

Sekali... takpe boleh dimaafkan
2 kali... boleh dimaafkan... tapi, ada sikit berat
3 kali... ahhh!! itu dah melampau dah tu!


Oleh itu, sementara menunggu jawapan dari mereka... kami sedang usahakan untuk mengenal pasti kompeni hosting yg. lebih realible dan lemak berkrim ...disukai ramai.

Terima Kasih kerana masih menyokong kami...
---kana? TQ again.


p.s. : MAKLUMAN...!! MAKLUMAN...!!

Kami sedang menjayakan projek Melancholy of Haruhi Suzumiya sarikata Bahasa Melayu. Kepada sesiapa saja yang berminat untuk men"download" versi sub-BM... silalah ke laman web kat bawah ini...

--- http://haruhi.artakus.co.uk ---

...dan di harap juga sub-BM ni dapat membantu para penonton yg kurang mahir dgn bahasa Inggeris memahami jalan cerita dgn lebih mudah lagi dan senang difahami. Kami juga harap siri ini akan jadi lebih popular, sepopular Naruto walopun tanpa ditayangkan di kaca TV -nehhh...

0 comments: